Perukis Slideshow

Nukilan Terkini

19 January 2009

Kelas Tahsin Al-Quran














Assalamualaikum..
PERUKIS merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat Sri Aman yang dapat meluangkan masa untuk mengikuti Kelas Tahsin Al-Quran. Semoga segala usaha kita ke arah memperbaiki kefahaman tentang Al-Quran diberi ganjaran oleh Allah S.W.T.

Masa: Maghrib - Isya'
Tempat : Surau SK Agama Sri Aman

Kepada sahabat-sahabat yang berminat bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Hanif bin Ismail (013-8088013), Ustaz Wan Eddde Syam (013-5653553), Ustaz Wan Saifuddin Wan Dagang (019-9154578). Penyertaan anda amat dialu-alukan.

Baca Seterusnya......

13 January 2009

Program Ziarah Saudara Baru







Assalamualaikum..
PERUKIS dengan kerjasama Baitumal Sri Aman telah mengadakan Program Ziarah Saudara Baru di Gayau. Sambutan dari penduduk Gayau amat memuaskan. Pihak perukis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi dalam meninggikan syiar Islam.
Baca Seterusnya......

12 January 2009

Salam Ukhwah



السلام عليكم

Selamat datang kepada semua pengunjung PERUKIS. PERUKIS merupakan satu wadah perjuangan di kalangan sahabat-sahabat Islam Sri Aman, Sarawak. Melalui PERUKIS, sahabat-sahabat dapat berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan, isu-isu semasa di samping sebagai medan mengeratkan ikatan persaudaraan Islam sesama kita. Semoga ruangan ini dapat memberi manff. Sebarang cadangan dan komen dari pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Baca Seterusnya......